athgroup18@gmail.com 09 740 6200
PENGENALAN
ATH Group merupakan Syarikat milik 100% bumiputera yang diuruskan oleh anak jati Kelantan Mohd Norlisan Bin Ramzai. Fokus perniagaan kepada pembinaan rumah di atas tanah sendiri di seluruh Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Demi menampung jumlah staf yang bertambah, ATH Group telah berpindah ke pajabat baru di Tingkat 2, Lot 181 & 185, Bangunan Sapura Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan pada Januari 2017. Pada masa yang sama ANJUNG TULUS GROUP HOLDING SDN BHD telah menubuhkan satu syarikat baru iaitu AGGRESIVE TRANSASIA GROUP HOLDING SDN BHD untuk memberi tumpuan kepada projek "Bina Rumah Atas Tanah Sendiri". Manakala ANJUNG TULUS GROUP HOLDING SDN BHD akan fokus kepada projek-projek Taman sahaja.


OBJEKTIF UTAMA
Penubuhan perniagaan ATH Group adalah untuk menyedia dan menyelaraskan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan sentiasa mengamalkan konsep pemahaman secara menyeluruh terhadap permintaan pelanggan.


VISI
Ath Group akan mempelopori perniagaan pembinaan rumah mampu milik sejumlah 3000 unit menjelang 2025 di seluruh Malaysia.


MISI
Ath Group akan mempelopori perniagaan pembinaan rumah mampu milik sejumlah 3000 unit menjelang 2025 di seluruh Malaysia.


MOTTO
"Kami merealisasikan impian anda"


POLISI SYARIKAT
Bagi memenuhi kepuasan serta permintaan pelanggan baik dari sektor awam mahupun swasta, ATH Group akan selalu berusaha dan berdisiplin tinggi dalam memastikan semangat daya saing, membuat penambahbaikan secara berterusan serta sentiasa fokus ke arah mencapai kecemerlangan.

ATH Group juga berhasrat untung merealisasikan satu bentuk penampilan baru di dalam perkhidmatan perniagaan dengan menerapkan budaya dan etika profesionalisme yang tinggi dengan melaksanakan analisa perkhidmatan dari masa ke semasa.