athgroup18@gmail.com 09 740 6200

KAJI DULU 10 FAKTOR INI . Ini soalan paling popular yang ramai orang tanya. . Boleh kata, 2/3 daripada pembeli rumah pertama kali pasti akan tanya soalan ni. Yang ni, kami berani gerenti. . Kita pulak kena tahu. Soalan ni terlalu umum (general). Hakikatnya, satu bank tak sesuai untuk semua orang. . Dalam memilih bank yang tepat untuk pinjaman rumah, ada beberapa faktor yang kita wajib kaji sebelum membuat pilihan. . Soalan ini sangat famous. Tapi, jawapan kami pasti buatkan anda terkejut . “Bank Mana yang paling bagus untuk housing Loan?” . “Bank Mana yang paling rendah rate dia?” . “Bank mana yang paling senang nak approved loan?” . Macam-macam persoalan yang selalu di tanya. Dan kalau anda nak tahu, soalan ni tergolong dalam kategori soalan maut. . Bila soalan ni ditanya, nanti akan ada si polan yang menjawab bank A la yang paling bagus. Dan si kawan polan pulak akan jawab bank B yang paling best. . Yang saudara si polan tu pulak, akan cakap bank C yang terbaik. Ah, sudah. Mesti anda pening nak pilh yang mana satu, kan? . Sebenarnya, tak tahu pun jawapan yang betul atau salah. There’s no right or wrong untuk mana-mana jawapan. . Sebuah kasut, tak mungkin muat untuk semua orang Yang penting, anda sendiri yang kena faham apa yang anda nak dan apa yang bank tawarkan. . Percaya la. Mungkin bank A bagus untuk si polan, tapi kurang baik untuk kawan si polan. Dan mungkin bank B jugak lebih bagus untuk kawan si polan, tapi tak bagus untuk saudara si polan. . Kenapa boleh jadi macam ni? . Sebab setiap orang mempunyai keperluan (needs) yang berbeza, matlamat yang berbeza, tahap kewangan yang berbeza, gaji yang berbeza, dan simpanan yang berbeza. Betul tak? . Jangan anda tengok interest rate (kadar faedah) semata-mata kawan. Ada banyak lagi faktor yang anda kena kaji dan ambil kira. “APA YANG PERLU SAYA AMBIL TAHU?” ================================ . #1 : 30, atau 35 tahun? Ada bank yang hanya tawarkan tempoh pinjaman (maximum tenure) 30 tahun, dan ada jugak bank yang bagi sehingga 35 tahun. . #2 : Berapa banyak loan yang anda boleh dapat? Ada bank yang tawarkan 90% margin of finance (MOF) untuk rumah pertama, dan ada jugak yang luluskan 80% je. . #3 : Boleh ke masukkan kos tambahan ke dalam loan? Ada bank yang serap sekali MRTT, yuran guaman, serta kos valuasi rumah ke dalam loan. Ada jugak bank yang serap MRTT je. . Dan jangan terkejut. Ada jugak yang tak bagi langsung korang serap semua yang kat atas tadi dalam loan yang korang dapat. . #4 : “Ada sebarang special condition yang saya kena ikut ke?” Ada bank yang kena pledge simpanan tetap (fixed deposit) sebagai syarat untuk lulus loan. Dan ada pulak bank yang kena apply insuran nyawa untuk lulus loan. . Ada juga yang kena apply kad kredit untuk lulus. Tapi, ada jugak yang tak kenakan sebarang syarat. . #5 : Apa pakej loan rumah yang ada? Ada loan yang tawarkan loan jenis konvensional, dan ada jugak yang tawarkan loan Islamik. . Ada pulak yang bagi loan jenis full-flexi, semi-flexi, term loan, overdraft. Semua ni berbeza-beza. . #6 : Berapa tempoh lock-in period yang anda kena ikut? Ada bank yang bagi tempoh lock-in period selama 5 tahun, ada yang 3 tahun. Malah, ada jugak yang tak bagi lock-in period langsung. . Ada jugak yang bagi lock-in period untuk loan konvensional je. Tapi, yang Islamik pun ada jugak benda ni. . #7 : Apa jadi kalau anda ‘kantoi’ bayar loan rumah? Ada bank yang bagi default clause selama 1 bulan. Ada jugak yang bagi default 3 bulan. Ada yang bagi default rate 9%, ada yang bagi 10%. . #8 : Nak pilih loan yang bagi rate rendah atau tinggi? Ada rate (kadar) yang rendah, ada yang tinggi. Ini biasa la. Nak kadar yang rendah tapi loan profile haru-biru, memang tak dapat la. . Ada jugak yang bagi rate tinggi tapi tawarkan MOF 90% + 5%, berbanding dengan bank B yang bagi rate rendah tapi MOF 80% saja. Nampak tak? . #9 : Macam mana pulak dengan polisi bank (atau syarat tertentu)? Ada bank yang tawarkan loan, tapi tak boleh buat bayaran lebih. Ada bank yang bagi loan tapi tak banyak cawangan (branch). Ala, online banking kan ada? . Ada pulak bank yang bagi loan, tapi syarat tambahan kena ambil loan yang lain pulak. . #10 : Apa lagi yang anda patut tahu? Ada bank yang bagi loan, tapi servis jauh ke laut sampai ke laut mati. Hampeh. Ada pulak bank yang friendly habis, tapi rate yang mereka bagi agak tinggi. . Dan ada banyak lagi yang anda kena ambil kira. . Anda kena fahamkan situasi diri korang sendiri. Kalau anda terlalu bagus, anda takkan pergi bank dan merayu supaya loan rumah anda lepas. . Si polan kata bank A bagus. Patut ke anda ikut? Setiap bank tu memang dah bagus. Cuma, anda yang kena sesuaikan dengan diri anda. Yang pasti, anda takkan dapat semua yang anda nak. . Mungkin bank A bagus untuk si polan, sebab profil kewangan dia menepati kriteria bank A. Tapi bila si polan memohon kat bank B, si polan tak dapat apa yang bank A tawarkan. . Bila kawan si polan pergi ke bank A, bank A tak boleh bagi seperti yang si polan dapat. Tapi Bank B pulak boleh offer kat kawan si Polan ni pakej yang bagus untuk dia. . Ini soalan open-ended question. Pasti akan ada soalan susulan selepas jawapan tu. . Bukan apa, nanti anda tanya si polan bank apa yang bagus, dan bila si polan jawab Bank A, anda pun dengan over-confident pergi ke Bank A. . Ini jalan paling selamat anda boleh buat Nanti bila kena reject, anda jugak yang kecik hati, dan mula bilang si polan ni penipu. Parah parah. . Kena faham, digit dalam akaun bank kita semua orang berbeza. Walau gaji sama angka dalam payslip, tapi tak semestinya ada sama baki dalam akaun bank. . Elakkan terikut sangat cadangan orang. Tak kira la saudara-mara atau BFF (best friend forever) sekalipun. . Sebab kemampuan orang lain, takkan sama dengan kemampuan diri kita sendiri. Yang nak bayar nanti, anda. Bukan mereka akan tolong bayarkan kalau anda ‘sesak’ nanti. . Apa pun, kami ucapkan selamat berjaya membeli rumah pertama anda tahun ini.

3 KALI BAYARAN FIRST PAYMENT = SELEPAS SIGN S&P SECOND PAYMENT = RUMAH SIAP 45 % THIRD PAYMENT = SELEPAS SIAP BUMBUNG DAN PLASTER

Loan LPPSA adalah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awan. LPPSA ini menawarkam pinjaman kepada kakitangan kerajaan untuk membina rumah.

1) TANAH BERSTATUS PEMBANGUNAN 2) NAMA GERAN TANAH, MESTILAH NAMA PEMOHON

Tidak layak. ini kerana, salinan surat pengesahan jawatan adalah dokumen wajid untuk memohon pembiayaan

Tidak layak

YA, KAMI URUSKAN DARI A SAMPAI Z.